WWE Tips 1(BM version): Seronok Belajar B.I.

Memang seronok bila kita selesa, yakin dan fasih berbahasa Inggeris.  Bertambah seronok bila kita mudah faham bila membaca dan mendengar perkataan dan ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris.  Keseronokan berlipat ganda bila kita mahir dalam keempat-empat kemahiran sekaligus – membaca, menulis, mendengar dan bertutur.

Percayalah, sesiapa sahaja layak dan mampu menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua mereka.  Maknanya, tidak kira latar belakang keluarga, di sekolah mana kita belajar, di mana kita tinggal, berapa usia kita, setiap orang yang belajar bahasa boleh kuasai bahasa tersebut.

Kami datang dari latar belakang keluarga yang berbeza.  Ayah dan ibu Coach Sha berkelulusan Masters dan PhD dan pernah berkhidmat di universiti tempatan.  Allahyarham bapa Coach Ridz pula bersekolah sehingga Darjah Enam  sahaja manakala ibu beliau tidak pernah mendapat pendidikan formal.  Persoalannya di sini, adakah tahap pendidikan ibu bapa kita penentu kejayaan kita untuk mahir dalam Bahasa Inggeris?  Memang faktor keluarga boleh membantu, tetapi semestinya bukan penentu.  Setuju bukan?

Kami juga datang dari sistem persekolahan yang berbeza.  Coach Sha berkesempatan bersekolah menengah di Texas, Amerika Syarikat  selama empat tahun (tingkatan tiga hingga enam).  Sebab itulah bila Coach Sha bertutur dalam Bahasa Inggeris, kadang-kadang terkeluar loghat koboi Texas dengan tidak sengaja.  Samalah seperti orang Kedah, orang Kelantan, orang Negeri, orang Terengganu di Malaysia, orang di Amerika pun ada loghat masing-masing.

Coach Ridz pula mendapat pendidikan menengah beliau di sekolah pondok, Madrasah al-Masriyyah di Bukit Mertajam.  Terkejut ustazah dan cikgu Coach Ridz bila kami pergi menziarahi mereka di sekolah.  Tak sangka, ingatkan nak jadi ustaz tapi jadi jurulatih Bahasa Inggeris pula.

Pokoknya di sini, kami ingin tekankan bahawa setiap orang boleh selesa, yakin dan fasih menggunakan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran dan kehidupan.  Apakah rahsianya?

Jadikan proses pembelajaran bahasa itu sesuatu yang menyeronokkan.  Mulai sekarang, lafazkan, “Seronok belajar Bahasa Inggeris!”  Ayuh, kita mulakan!

RAHSIA 1: BE LIKE A KID AGAIN

Untuk menangkap bahasa Inggeris dengan berkesan, kita mesti sanggup jadi seperti kanak-kanak semula. Perangai yang ada pada anak kecil, harus kembali dalam jiwa kita yang kini sudah remaja dan dewasa.

Tidak kira sama ada anda pelajar tahun enam atau tingkatan enam, berumur tiga belas atau tiga puluh tahun, anda mesti hidupkan kembali sifat budak-budak dalam diri sendiri.

Alangkah indahnya zaman budak-budak dulu. Bila makan, mereka makan betul-betul. Bila tidur, mereka tidur betul-betul. Bila main, mereka main betul-betul. Hasilnya, kanak-kanak dapat kepuasan dalam apa yang mereka lakukan.

Inilah yang patut kita hidupkan kembali walaupun sudah bergelar remaja dan dewasa. Bila belajar, belajar betul-betul. Jangan main-main. Tapi jangan salah faham pula. Bukan maknanya bila belajar tidak boleh berseronok langsung. Mesti serius dan berkerut dahi sahaja. Jauh sekali!

Bila belajar Bahasa Inggeris, speak sungguh-sungguh, listen dengan khusyuk, read rajin-rajin dan write banyak-banyak. Inilah rahsia pertama menangkap Bahasa Inggeris. Cipta keseronokan dalam proses pembelajaran. Jangan belajar setakat cukup makan atau ala kadar saja. Boleh kan?

Pasang niat untuk seronok belajar kerana

Bila hati seronok,

Badan penuh tenaga,

Kita jadi kuat,

Kita rasa hebat,

Buat sesuatu pun betul-betul buat,

Dan InshaAllah, hasil lah yang kita akan dapat.

Posted on July 22, 2008, in Tips in English & BM and tagged , , , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. yes, and its amazing, i love it, so much!!😀
    youre the best, coach sha and ridz.. i have learn much, and i’m sure USE IT🙂 thank you so muchhh!

  2. Salam coach Sha & Ridz. I hv 14 years old son (the only child). Interested to send him for the Spoken English program. Do you hv such a program for the coming holiday?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: